Sebenarnya Cikgu semua boleh bina border sendiri hanya menggunakan
Microsoft Powerpoint, cukup mudah dan sangat menarik. Untuk entri kali ini saya nak
tunjukkan macam mana untuk membuat papan tanda yang paling mudah dan menarik.
Langkah 1:
Bina kekotak seperti yang ditunjukkan kemudian tukar background
kepada tektur kayu yang memang ada dalam perisian powerpoint.
Langkah 2:
Perbanyakkan kotak2 yang telah dibuat tadi.
Langkah 3:
Susunkan seperti diatas.
Langkah 4:
Hiaskan papan tanda dengan bentuk bulat sebagai pengganti paku.
Langkah 5:
Seterusnya kita boleh hias papan tanda tersebut dengan imej yang pelbagai.
Salah satu contoh papan tanda
Anda juga boleh buat begini....sebagai bahan bacaan.
Juga sebagai kad perkataan.
Latarbelakang dan hiasan boleh diubah.
Selamat mencuba.....
IDEA ASAL: http://portalprasksaa.blogspot.com