RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!
Showing posts with label Disleksia. Show all posts
Showing posts with label Disleksia. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Apa Itu Dyslexia

Posted by Sham_esse at 6:12 PM 0 comments



 Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata yang lain, Disleksia boleh disebut juga sebagai buta huruf. Disleksia bagaimanapun bukannya suatu penyakit dan dengan itu tiada ubat khas untuk mengubatinya namun penghidap Disleksia boleh memilih untuk memasuki kelas khas bagi mengurangkan masalah ini. Di Britain sahaja setakat ini sebanyak 10% populasi rakyatnya menghidap Disleksia dan bergitu juga di negara-negara maju yang lain. Ini bermakna, kempen kerajaan Malaysia untuk membasmi 100%  buta huruf(Disleksia) amat-amat mustahil kerana sekurang-kurang sebanyak 4% purata rakyat sesebuah negara akan menghidap Disleksia.! Dengan itu, amatlah penting untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu pertubuhan khas bagi penyakit Disleksia seperti yang dibuat oleh Britain dengan Britain Dyslexia Association bagi berkempen untuk memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai Disleksia.

Disleksia adalah satu jenis masalah yang unik kerana penghidapnya bukannya seorang yang mempunyai kecacatan otak atau fizikal. Mereka berkebolehan berfikir dengan normal dan melakukan aktiviti harian sepertimana individu yang lain. Disleksia selalu disalah-anggap sebagai Afasia. Afasia adalah penyakit saraf yang merencatkan terus kebolehan seseorang dalam komunikasi.

Penghidap Disleksia kekadang tidak boleh membezakan sesuatu gambar dalam keadaan terbalik atau tegak. Terdapat penghidapnya tidak boleh membaca perkataan yang terlampau panjang. Namun, mereka tidak boleh dianggap bodoh atau dungu. Otak mereka cuma tidak mampu memproses maklumat secara normal sepertimana manusia biasa. Sebenarnya, inilah anugerah Allah swt kepada mereka kerana berkebolehan memproses maklumat dalam keadaan yang agak berlainan daripada manusia biasa.

Kerana anugerah Allah swt inilah ramai insan di bumi Allah swt ini muncul sebagai manusia terkenal malah terdapat beberapa penghidapnya muncul sebagai pelakon terkenal, pencipta alat sofitikated, dan sebagainya yang mana ia mustahil untuk dibuat oleh manusia-manusia normal.!

Antara tokoh-tokoh terkenal yang menghadapi masalah disleksia, antaranya ialah:

  • Albert Einstein
  • Winston    Churchill
  • Leonardo Da Vinci
  • Lee Kuan Yew
  • John F. Kennedy
  • Tom Cruise
  • David Beckham
  • Muhammad Ali
  • Alexander Graham Bell
Untuk mengetauhi lebih lanjut, boleh lah menghubungi pihak Persatuan Disleksia Malaysia.

Sunday, October 6, 2013

Manual Istrument Senarai Semak Disleksia (ISD)

Posted by Sham_esse at 4:39 PM 0 comments
ISD

Kali ini saya ingin berkongsi Manual Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD), dalam Manual Instrument ini terdapat 5 bab kesemuanya. Bahan ini adalah bahan PERCUMA hasil perkongsian Cikgu dari kumpulan Pemulihan Khas PPD Kuala Muda Yan. Terima Kasih kepada Cikgu yang sudi berkongsi bahan-bahan tersebut. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua. Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT

Wednesday, October 2, 2013

Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD)

Posted by Sham_esse at 6:19 PM 0 comments
ISD

Kali ini saya ingin berkongsi Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD), dalam Instrument ini terdapat maklumat tentang kriteria murid murid yang dinilai,kriteria penilaian dan prosuder penilaian. Bahan ini adalah bahan PERCUMA hasil perkongsian Cikgu dari kumpulan Pemulihan Khas PPD Kuala Muda Yan. Terima Kasih kepada Cikgu yang sudi berkongsi bahan-bahan tersebut. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua. Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT

Tuesday, October 11, 2011

Disleksia

Posted by Sham_esse at 7:58 AM 0 comments
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.


Ciri-ciri Pengidapnya
  1.     Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2.     Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3.     Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4.     Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p'  dianggap 'q'.
  5.     Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6.     Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7.     Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8.     Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9.     Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting