Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda? Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil? Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?
Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!
Per : Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang!
Anak-anak adalah merupakan salah  satu anugerah  terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu &  Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih  ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.
Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar,  bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar,  iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi  seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu  tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa  mendidik & mencorakkan  kehidupan anak mereka. 
Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W.. 
"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .." 
- Bukhari & Muslim
- Bukhari & Muslim
Tips PERCUMA!
Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?
Apabila ditanyakan soalan ini  kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan.  Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik  anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya  jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka  dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main  agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin  berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.
Contohnya seperti.... 
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"...  Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak  terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara  ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman  anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5  tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula  banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada  peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui  dan memahami tentang sesuatu perkara.
Contoh lain....
Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"...  ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam  pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah  sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir.  Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si  anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu  "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila  makan, mesti kena habiskan!"
Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?
Bagaimana Karenah Anak Anda?
Melihat keletah anak-anak  kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada  beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit  hati dan naik geram. 
Karenah anak-anak seperti :- 
- Tidak Mahu Mendengar Arahan..
 - Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
 - Tidak Mahu Makan
 - Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
 - Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
 - Suka Membuat Sepah
 
Sememangnya amat memeningkan  kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja  pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap  "kepanasan" anda sebagai ke"tension"an anda sebagai  ibu & bapa..
Jadi... Apakah Yang Boleh Anda  Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca  dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?
Ianya Bukan Silap Anda!
Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?",  kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak  langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap   ibu-bapa kita , yang  memelihara kita pada suatu ketika dahulu. 
Sedangkan, zaman kita sewaktu  kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu  ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza. 
Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul? 
 Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!
Tahniah! Anda kini sudah menjumpai  laman web ini. Jadi, ini bermakna, anda adalah seorang yang bertuah  kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh belajar dan sekaligus  melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik  anak yang betul!.
Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah ebook "Teknik Mendidik Anak  Cemerlang!" , yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!


 



