RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Posted by Sham_esse at 4:42 AM


Selamat Hari Guru kepada semua Guru di seluruh Malaysia, yang sama-sama berjuang dalam usaha mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang berguna, terutama kepada guru Pemulihan Khas, Prasekolah, Linus, Pendidikan Khas & lain-lain, yang mempunyai cabaran yang cukup besar bagi memastikan murid dapat menguasai 3M, Taniah saya ucapkan. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU, terima kasih kerana menyokong blog i-cikgu. Di bawah ini adalah ucapan Selamat Hari Guru versi SMS. Klik like dan share jika suka.

SMS VERSI 1

Adakala..
Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
‘SELAMAT HARI GURU’
**(sms di kalangan sesama guru.)

SMS VERSI 2

Guru oh guru..
Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..
‘SELAMAT HARI GURU’

SMS VERSI 3

Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
SELAMAT HARI GURU.

SMS VERSI 4

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU.. Moga ceria, sukses & dilindungiNYA

SMS VERSI 5

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah..
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..
SELAMAT HARI GURU..

SMS VERSI 6

Dulu, murid hormat & takut guru..
Kini, guru takut murid.

Dulu, guru chalk n talk,
Kini, guru kena slow talk.

Dulu, guru boleh claim,
Kini, guru tak boleh complain.

Dulu, Hari Guru dapat wang saku,
Kini, Hari Guru dapat ‘penyapu’ ( kena gotong-royong)


SMS VERSI 7

Erti sebenar seorang cikgu
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya.

SMS VERSI 8

Jadilah seorang guru yang ...
hadirnya di TUNGGU
hilangnya di RINDU
ilmunya di BURU
nasihatnya di SERU
tingkah lakunya di TIRU
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"


SMS VERSI 9

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....
-Allahyarham Usman Awang

SMS VERSI 10

Guru bukan satu tapi beribu.
Bukan sementara tapi selamanya.
Bukan dimusuhi tapi disayangi.
Bukan dilupai tapi diingati.
Bukan hanya di sini tapi di mana-mana.
Bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa....

SMS VERSI 11

Seorang Guru & Seorang Murid

Kalau guru mengajar sambil duduk ,
Murid belajar sambil mengantuk

Kalau guru mengajar sambil bercerita ,
Murid pandai membaca, mengira

Kalau guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun

Kalau guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat

Kalau mengajar banyak bercakap,
Ramai murid pandai berbicara

Kalau guru menjadi pemudahcara,
Tak kan tahu murid bodoh dan pandai

Kalau mengajar tanpa nilai,
Ada murid bertambah gagap

Kalau guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa

Kalau guru mempunyai cita mulia,
Murid menjadi anakbangsa pewaris dunia yang sejahtera


SELAMAT HARI GURU.....\(^__^)/



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting