RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Friday, November 11, 2011

Gift & Card, Paper Craf, Scrapbook,Art,Calendars dan Photo Gallery.

Posted by Sham_esse at 2:07 AM 0 comments

Saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang dapat membantu guru-guru dalam penghasilan abm/bbm. Setelah saya meninjau laman web tersebut, terdapat banyak bahan-bahan yang menarik boleh kita hasilkan sebagai contoh kraf, kad dan lain-lain. Anda hanya perlu download templete yang diberikan, dan mengikut arahan manual yang diberikan. Cukup mudah, cuma memerlukan sedikit kerajinan dan usaha.Semoga perkongsian ini dapat memberi mafaat kepada guru-guru semua.Selamat mencuba.


Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM

Tuesday, November 1, 2011

Flash Cards Percuma

Posted by Sham_esse at 11:31 PM 1 comments
Flash Cards

Nak buat flash cards tapi tak tahu bagaimana? Tidak pandai nak design? Tak pandai nak susun gambar dengan perkataan? Tidak pandai guna software? Tidak berapa kreatif macam saya? Anda tidak perlu risau, kerana dengan mengguna Microsoft Office kita boleh membuat flash cards sendiri. Caranya cukup senang, anda boleh mendownload templates flash card menggunakan link di bawah. Anda juga boleh mendownload bahan-bahan lain yang mugkin dapat membantu anda dalam pengurusan dan lain-lain. Selamat mencuba.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM

Monday, October 31, 2011

Nombor 1-5

Posted by Sham_esse at 4:55 AM 0 comments




Nombor 1 hingga 5

Bahan ini adalah lembaran kerja bagi murid mengenal nombor 1 hingga 5. Setiap bahan mengandungi nombor, gambar benda yang memudahkan pemahaman murid. Terdapat juga penulisan nombor mengikut garis putus-putus dan juga menulis sendiri. Diharapkan bahan ini dapat membantu murid mengenal nombor dan mengingat nombor yang dipelajari. Gunakan bahan ini sebaiknya semoga mendapat keberkatannya.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-Lembaran Kerja

Sodoku

Posted by Sham_esse at 3:42 AM 0 comments




Sodoku


Bahan ini merupakan  lembaran kerja untuk murid-murid mengenal nombor . Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal nombor dengan baik. Anda boleh mendownload kesemua 20 helaian permainan sodoku ini sekali gus dengan menggunakan link dibawah. Gunakan bahan ini sebaiknya semoga mendapat keberkatanya.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-Lembaran Kerja

Thursday, October 27, 2011

Lembaran Kerja ABC

Posted by Sham_esse at 5:11 PM 0 comments
ABC Dot-dot

Bahan ini merupakan  lembaran kerja untuk murid-murid mengenal huruf kecil a-z, dengan dibantu gambar dan huruf besar A-Z dan huruf kecil a-b, dengan ini murid lebih cenderung mengingat huruf yang disebut oleh guru. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf besar A-Z dan huruf kecil a-z dengan baik. Gunakan bahan ini sebaiknya semoga mendapat keberkatanya.

Sila download menggunakan link di bawah:



* Lebih banyak bahan di bahagian i-Lembaran Kerja

Tuesday, October 25, 2011

Sistem Fail Pemulihan Khas

Posted by Sham_esse at 6:48 AM 0 comments
Sistem Fail Pemulihan Khas

Bahan Sistem Fail Pemulihan Khas ini merupakan slide yang menerangkan tentang bagaimana, apa,berapa fail pemulihan khas, sistem fail pemulihan khas ini merupakan contoh sistem fail yang dijalankan oleh unit pendidikan khas Jabatan Pelajaran Sarawak. Namun begitu bahan ini berasaskan sistem fail yang diguna pakai di seluruh Malaysia seperti yang terkandung dalam panduan pemulihan khas 2008. Diharapkan dengan adanya bahan ini guru pemulihan khas tidak mengalami masalah untuk membuat sistem fail mereka.Gunakan bahan ini sebaiknya semoga mendapat keberkatanya.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-Download

Huruf Kecil a-z

Posted by Sham_esse at 5:12 AM 0 comments
Huruf kecil a-z

Bahan Huruf Kecil a-z ini merupakan slide untuk murid-murid mengenal huruf kecil a-z, dengan dibantu gambar benda yang berkaitan dengan huruf yang diajar, dengan ini murid lebih cenderung mengingat huruf yang disebut oleh guru. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf kecil a-z dengan baik. Gunakan bahan ini sebaiknya semoga mendapat keberkatanya.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM

Huruf Kecil a-z

Posted by Sham_esse at 4:55 AM 0 comments
Huruf Kecil a-z

Bahan Huruf Kecil a-z ini merupakan slide untuk murid-murid mengenal huruf kecil a-z, ini kerana kebanyakkan murid masih keliru terutama b,d, p,q g,j dan belum dapat menguasai huruf kecil a-z ini dengan baik. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf kecil a-z dengan baik.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM

Mengenal Huruf ABC

Posted by Sham_esse at 4:34 AM 0 comments
Mengenal Huruf ABC

Bahan Mengenal Huruf  ABC ini merupakan slide untuk murid-murid mengenal huruf a-z huruf kecil dan A-Z huruf besar, ini kerana kebanyakkan murid masih belum dapat menguasai huruf ABC ini dengan baik. Diharapkan bahan ini dapat digunakan untuk membantu penguasaan murid-murid kita yang masih belum mengenal huruf ABC dengan baik.


Sila download menggunakan link di bawah:


* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM

Wednesday, October 12, 2011

KSSR

Posted by Sham_esse at 4:30 AM 0 comments
Latar Belakang

1.    Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

•    Pembangunan modal insan
•    Penghasilan pelajar celik minda
•    Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
•    Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.


2.    Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

•    Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
•    Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai


3.    Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.


Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983        -    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993        -    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003        -    KBSR (semakan)

2011        -    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)



Transformasi Kurikulum

    Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Bahan KSSR Klik SINI

Tuesday, October 11, 2011

Definisi dan Konsep PROTIM

Posted by Sham_esse at 8:34 AM 0 comments
PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca atau lebih dikenali dengan masalah 3M.

Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM.

Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.

Disleksia

Posted by Sham_esse at 7:58 AM 0 comments
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.


Ciri-ciri Pengidapnya
  1.     Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2.     Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3.     Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4.     Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p'  dianggap 'q'.
  5.     Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6.     Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7.     Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8.     Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9.     Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Pendidikan Khas

Posted by Sham_esse at 7:43 AM 0 comments
Program Pendidikan Khas :-

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

    Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).

    Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Prasekolah

Posted by Sham_esse at 7:40 AM 0 comments
Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Isi kandungan


    1 Latarbelakang
    2 Akta Pendidikan 1996
    3 Matlamat pendidikan prasekolah
    4 Konsep
    5 Objektif
    6 Lokasi
    7 Pengurusan
    8 Murid
    9 Kurikulum
    10 Kriteria Pemilihan Sekolah
    11 Rujukan

Latarbelakang

18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Konsep

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Visi

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


Misi


Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

Lokasi

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

Murid

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Kurikulum

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah

  • Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
  • Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
  • Tiada operator tadika lain.
  • Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
  • Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang). Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
  • Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah
  • .Permintaan masyarakat setempat.Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Kriteria Pemilihan Murid

  •     Warganegara Malaysia.
  •     Berumur 5 dan 5+ tahun.
  •     Setiap kelas 25 orang murid.
  •     Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.

        Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Geran Per Kapita (PCG)

    RM100 seorang murid setahun
    RM100 X 25 murid X 1 kelas
    Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan

    RM1.80 seorang murid sehari
    RM1.80 X 1 murid X 200 hari
    Jumlah : RM360 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian

(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

    SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
    SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
    SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

    Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
    Prasekolah Bermasalah Penglihatan
    Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

 Rujukan

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003.
Lamanweb Kementerian Pelajaran Malaysia

LINUS: Literacy And Numeracy Screening

Posted by Sham_esse at 7:23 AM 0 comments
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional Program LINUS:

Masalah murid yang tidak mempunayi masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

    Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
    Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
    Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
    PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

Maksud LINUS

Posted by Sham_esse at 7:22 AM 0 comments
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.


DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.


KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah 
                    menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan
                    kata sendi dalam satu perenggan.


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.


DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.


KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad
                      kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan
                      mata wang, masa dan ukuran panjang

Pengenalan

Posted by Sham_esse at 5:57 AM 0 comments
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan.

Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain seperti kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A )

Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

PENTADBIRAN KELAS

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. Di antaranya ialah :

Jadual waktu kelas / persendirian Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang – ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.

4.2 Membuat penyediaan bahan – bahan pengajaran.

4.3 Mengemaskinikan rekod – rekod.

4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.

4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.

4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.

4.7 Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.

4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.

Program Pemulihan Khas

Posted by Sham_esse at 5:09 AM 0 comments
KONSEP

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN

AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Strategi Pelaksanaan

Posted by Sham_esse at 5:05 AM 0 comments
Pencalonan Murid

i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat

i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Posted by Sham_esse at 5:04 AM 0 comments
Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis – enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.

Mengenal Pasti Murid Pemulihan Khas

Posted by Sham_esse at 5:03 AM 0 comments
1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting