Wednesday, September 26, 2012

Cara Bina Boarder Papan Tanda.

Posted by Sham_esse at 7:16 AM 0 comments
Sebenarnya Cikgu semua boleh bina border sendiri hanya menggunakan Microsoft Powerpoint, cukup mudah dan sangat menarik. Untuk entri kali ini saya nak tunjukkan macam mana untuk membuat papan tanda yang paling mudah dan menarik. 

Langkah 1: 

 Bina kekotak seperti yang ditunjukkan kemudian tukar background kepada tektur kayu yang memang ada dalam perisian powerpoint.


Langkah 2: 

Perbanyakkan kotak2 yang telah dibuat tadi.


 
Langkah 3:

Susunkan seperti diatas.

Langkah 4:

Hiaskan papan tanda dengan bentuk bulat sebagai pengganti paku.

Langkah 5: 

 Seterusnya kita boleh hias papan tanda tersebut dengan imej yang pelbagai.


Salah satu contoh papan tanda


Anda juga boleh buat begini....sebagai bahan bacaan.



Juga sebagai kad perkataan.


Latarbelakang dan hiasan boleh diubah.





Selamat mencuba.....

Sunday, September 23, 2012

Lagu Belajar ABC

Posted by Sham_esse at 1:43 AM 0 comments
 
LAGU ABC

Jomm nyanyi sambil belajar ABC. Cara ini selalu saya gunakan dalam proses pnp di dalam kelas pemulihan. Murid-murid sangat suka kalau disuruh menyanyi abc nie, kadang-kadang tak perlu ajar dah nyanyi. Tetapi lagu ini berbeza sedikit dari lagu abc yang biasa tu. Cikgu boleh mendownload dengan menggunakan youtube downloader. Jika cikgu tiada software youtube downloader boleh lah download dengan menggunakan link di bawah.Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka. 

Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Wednesday, September 19, 2012

Lagu Huruf Vokal

Posted by Sham_esse at 2:24 PM 0 comments
  
LAGU HURUF VOKAL

Jom belajar huruf vokal dengan nyanyian. Tentu murid-murid pemulihan,prasekolah, LINUS dan lain-lain sangat bersemangat untuk belajar berbanding dengan cara yang biasa. Sesekali cikgu mesti ubah cara pnp barulah murid seronok nak belajar, betul tak? Cikgu boleh download sekiranya ada software youtube downloader atau cikgu boleh download dengan menggunakan link di bawah. Pastikan cikgu mempunyai codec yang paling terkini kerana video ini berformat .flv.Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka. 

Sila download menggunakan link di bawah:




* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Tuesday, September 18, 2012

Lembaran Kerja Mewarna

Posted by Sham_esse at 4:39 AM 0 comments
LEMBARAN KERJA MEWARNA PERISTIWA

Saya ingin berkongsi lembaran kerja yang melibatkan peristiwa seperti Hari Guru, Hari Jadi, hari Raya, hari Merdeka,  Pesta Wau, Thaipusam dan macam-macam lagi. Lembaran kerja ini boleh di berikan mengikut peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Ini membolehkan pelajar lebih peka dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka. 

Sila download menggunakan link di bawah:



* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Tuesday, September 11, 2012

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Posted by Sham_esse at 6:03 AM 0 comments


Saya fikir tentang anda semasa saya sedang melayari laman web pendidikan awal ini. Saya tidak pasti jika anda telah mendengar tentang BrillKids, tetapi ia adalah komuniti dalam talian ibu bapa, guru, penjaga dan profesional yang berminat dalam pengajaran kanak-kanak pada usia yang awal.

Telah ada laporan yang membuktikan bahawa kadar celik huruf negara kita adalah menurun, dan kajian telah menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai peluang yang hebat ini mengubah semua ini. Jika kita mula mengajar anak-anak kita di usia muda dalam gembira dan kasih sayang cara di rumah, kita mempunyai peluang untuk menanamkan dalam mereka cinta sepanjang hayat pembelajaran - kita dapat menjadi guru anak-anak kita 'pertama dan terbaik, terlalu!

Jika anda mempunyai masa dan anda mahu belajar lebih lanjut mengenai pendidikan awal, melawat BrillKids di http://www.brillkids.com/ra.php?102074

Anda juga boleh mendaftar untuk akaun (ia adalah percuma, jadi jangan bimbang) dan mendapatkan untuk memuat turun percubaan program perisian mereka yang mengajar anak-anak membaca, matematik dan muzik. Gunakan no.kupon ini
BKAFF102074 untuk mendapat lebih banyak kelebihan.Terdapat juga banyak kad percuma untuk dimuat turun dan persembahan PowerPoint.

Saturday, September 8, 2012

Software Untuk Mengajar Matematik

Posted by Sham_esse at 8:13 AM 0 comments
SEBRAN

Kali ini saya ingin berkongsi software yang sangat menarik. Software ini merupakan software untuk pengajaran dan pembelajaran. Cara menggukan software ini sangat mudah, Cikgu hanya perlu download dan install software ini ke dalam laptop atau komputer Cikgu. Software ini mengandungi pembelajaran mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak dan lain-lain.Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka.
Sila download menggunakan link di bawah:



* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Tuesday, September 4, 2012

File Meja Pemulihan Khas

Posted by Sham_esse at 1:53 AM 0 comments
FILE MEJA PEMULIHAN KHAS

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu: 

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja. 
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat. 
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka.

Sila download menggunakan link di bawah:



* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Monday, September 3, 2012

Waktu

Posted by Sham_esse at 12:50 AM 0 comments
JAM

Kali ini saya nak berkongsi muka jam untuk subjek Matematik untuk pemulihan, masa dan waktu. Jam ini  boleh diprint di atas kertas A4 yang tebal 100g ke atas bagi mendapat hasil yang memuaskan. Selepas print, Cikgu gunting dan lekatkan jarum minit dan jam di tengah-tengah dengan menggunakan pin yang boleh dilipat dibelakang. Pin tersebut boleh dibeli di kedai alat-tulis.Semoga perkongsian ini memberi mafaat kepada Cikgu semua. Klik Like dan share jika suka.

Sila download menggunakan link di bawah:



* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting