RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Friday, December 7, 2012

Puzzle Kreatif

Posted by Sham_esse at 6:57 AM 0 comments




 PUZZLE KREATIF

Kali ini saya ingin berkongsi satu bahan yang menarik, iaitu puzzle yang sangat kreatif. Puzzle kreatif ini sangat menarik kerana terdapat dalam bentuk yang berbeza-beza. Dengan menggunakan puzzle ini dapat melatih murid untuk berfikiran kreatif dan memberikan tumpuan dalam menyelesaikan masalah. Cikgu boleh print ke atas kertas tebal atau papan lapis yang nipis untuk mendapat pattern yang sempurna. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada cikgu semua. Klik like dan share jika suka.

Sila download menggunakan link di bawah:






* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Monday, December 3, 2012

Cara Buat Frame Dengan Power Point

Posted by Sham_esse at 8:27 AM 0 comments
Kali ini saya akan ajar macam mana nak buat frame yang comel sendiri dengan menggunakan Microsoft Power Point. Langkah yang perlu cikgu buat adalah, membuka satu dokument baru Power Point, kemudian ikut langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1
  • Klik bahagian shapes kemudian pilih bentuk frame yang ingin dibuat.

LANGKAH 2
  • Buat satu bentuk frame yang kita nak dibahagian tengah slide power point > klik pada shapes > klik pada sebelah kanan mouse > pilih format shapes.

LANGKAH 3
  • Satu tetingkap format shapes akan keluar > Klik no fill  > Klik pada line colour > Ubah kepada warna yang kita suka.

LANGKAH 4
  • Satu bentuk asas frame akan terbentuk.

LANGKAH 5
  • Copy dan paste satu gambar yang kita suka, seperti karton, bunga dan sebagainya.

LANGKAH 6
  • Ubah saiz gambar mengikut besar frame yang dibuat tadi > klik pada gambar > klik ctrl  ( tanpa lepas) > Klik pada frame > Klik kanan mouse > Klik group.

LANGKAH 7
  • Copy frame > Paste > Ubah saiz supaya sama > Susun seperti kedudukan dalam gambar.

LANGKAH 8
  • Klik insert > Klik text box

LANGKAH 9
  • Buat text box di dalam kedua-dua frame yang telah dibuat.

LANGKAH 10
  • Taipkan perkataan yang kita mahu, contoh perkataan kv+kv seperti gambar.

LANGKAH 11
  •  Ubah font > Ubah saiz font > Ubah warna, mengikut kesusaian. Ubah mengikut citarasa sendiri.
Untuk mendapatkan tutorial dan frame ini secara PERCUMA, sila download di bawah. Semoga perkongsian ini memberi mafaat. Klik Like dan Share jika suka.

Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM/ABM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting