RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Tuesday, October 11, 2011

Prasekolah

Posted by Sham_esse at 7:40 AM
Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Isi kandungan


    1 Latarbelakang
    2 Akta Pendidikan 1996
    3 Matlamat pendidikan prasekolah
    4 Konsep
    5 Objektif
    6 Lokasi
    7 Pengurusan
    8 Murid
    9 Kurikulum
    10 Kriteria Pemilihan Sekolah
    11 Rujukan

Latarbelakang

18 Disember 1991 Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Konsep

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Visi

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


Misi


Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

Lokasi

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

Pengurusan
Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

Murid

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Kurikulum

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah

  • Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
  • Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
  • Tiada operator tadika lain.
  • Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
  • Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang). Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
  • Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah
  • .Permintaan masyarakat setempat.Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Kriteria Pemilihan Murid

  •     Warganegara Malaysia.
  •     Berumur 5 dan 5+ tahun.
  •     Setiap kelas 25 orang murid.
  •     Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.

        Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Geran Per Kapita (PCG)

    RM100 seorang murid setahun
    RM100 X 25 murid X 1 kelas
    Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan

    RM1.80 seorang murid sehari
    RM1.80 X 1 murid X 200 hari
    Jumlah : RM360 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian

(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas)

Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; ( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

    SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
    SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
    SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

    Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
    Prasekolah Bermasalah Penglihatan
    Prasekolah Bermasalah Pendengaran

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

 Rujukan

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003.
Lamanweb Kementerian Pelajaran Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting