RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Monday, June 16, 2014

Apa Itu Dyslexia

Posted by Sham_esse at 6:12 PM



 Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Dalam erti kata yang lain, Disleksia boleh disebut juga sebagai buta huruf. Disleksia bagaimanapun bukannya suatu penyakit dan dengan itu tiada ubat khas untuk mengubatinya namun penghidap Disleksia boleh memilih untuk memasuki kelas khas bagi mengurangkan masalah ini. Di Britain sahaja setakat ini sebanyak 10% populasi rakyatnya menghidap Disleksia dan bergitu juga di negara-negara maju yang lain. Ini bermakna, kempen kerajaan Malaysia untuk membasmi 100%  buta huruf(Disleksia) amat-amat mustahil kerana sekurang-kurang sebanyak 4% purata rakyat sesebuah negara akan menghidap Disleksia.! Dengan itu, amatlah penting untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu pertubuhan khas bagi penyakit Disleksia seperti yang dibuat oleh Britain dengan Britain Dyslexia Association bagi berkempen untuk memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai Disleksia.

Disleksia adalah satu jenis masalah yang unik kerana penghidapnya bukannya seorang yang mempunyai kecacatan otak atau fizikal. Mereka berkebolehan berfikir dengan normal dan melakukan aktiviti harian sepertimana individu yang lain. Disleksia selalu disalah-anggap sebagai Afasia. Afasia adalah penyakit saraf yang merencatkan terus kebolehan seseorang dalam komunikasi.

Penghidap Disleksia kekadang tidak boleh membezakan sesuatu gambar dalam keadaan terbalik atau tegak. Terdapat penghidapnya tidak boleh membaca perkataan yang terlampau panjang. Namun, mereka tidak boleh dianggap bodoh atau dungu. Otak mereka cuma tidak mampu memproses maklumat secara normal sepertimana manusia biasa. Sebenarnya, inilah anugerah Allah swt kepada mereka kerana berkebolehan memproses maklumat dalam keadaan yang agak berlainan daripada manusia biasa.

Kerana anugerah Allah swt inilah ramai insan di bumi Allah swt ini muncul sebagai manusia terkenal malah terdapat beberapa penghidapnya muncul sebagai pelakon terkenal, pencipta alat sofitikated, dan sebagainya yang mana ia mustahil untuk dibuat oleh manusia-manusia normal.!

Antara tokoh-tokoh terkenal yang menghadapi masalah disleksia, antaranya ialah:

  • Albert Einstein
  • Winston    Churchill
  • Leonardo Da Vinci
  • Lee Kuan Yew
  • John F. Kennedy
  • Tom Cruise
  • David Beckham
  • Muhammad Ali
  • Alexander Graham Bell
Untuk mengetauhi lebih lanjut, boleh lah menghubungi pihak Persatuan Disleksia Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting