RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
Advertise Now!

Tuesday, November 22, 2016

EBook Panduan Mendidik Anak

Posted by Sham_esse at 6:00 AM 0 comments
 

Adakah Anak Anda Sukar Untuk Mendengar Arahan Anda? Sering Mengusik Adik yang Lebih Kecil? Sentiasa Marah-Marah Apabila Bercakap? dan Terlampau-lampau Aktif?

Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!


Per : Panduan & Teknik Mendidik Anak Yang Cemerlang!
Anak-anak adalah merupakan salah satu anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar Ibu & Bapa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan rumahtangga pasti menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan kehadiran anak-anak.
Namun begitu, ibu-bapa perlu sedar, bahawa anugerah ini juga datang dengan sebuah tanggungjawap yang besar, iaitu tanggungjawap untuk mendidik dan membentuk si anak , agar menjadi seorang insan yang berguna dan cemerlang. Ianya adalah satu tanggungjawap yang besar untuk ibu-bapa mendidik & mencorakkan kehidupan anak mereka.
Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W..
"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain .."
- Bukhari & Muslim

Tips PERCUMA!

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah "sesuka hati" dan "sambil lewa" sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.
Contohnya seperti....
"Diam sikit boleh tak? Bising lah!"... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan "kenapa?" & "mengapa?", kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.
Contoh lain....
Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. "Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!"... ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu "mindset" akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. "apabila makan, mesti kena habiskan!"
Jadi, cuba fikir-fikirkan semula... adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.
Karenah anak-anak seperti :-
  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah
Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap "kepanasan" anda sebagai ke"tension"an anda sebagai ibu & bapa..
Jadi... Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?

Ianya Bukan Silap Anda!

Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang "Bagaimana Untuk Mendidik Anak?", kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.
Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.
Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Tahniah! Anda kini sudah menjumpai laman web ini. Jadi, ini bermakna, anda adalah seorang yang bertuah kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh belajar dan sekaligus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik anak yang betul!.
Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah ebook "Teknik Mendidik Anak Cemerlang!" , yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!

Tuesday, November 15, 2016

Ebook Anak Pintar Cergas

Posted by Sham_esse at 5:49 PM 0 comments

Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?

Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil disini..

Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.
Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana "Ibu-Bapa Mereka Dahulu" Mendidik Mereka..

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.
Pesan Saiyidina Umar R.A "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya.."
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.
Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Jadi, beruntunglah anda yang menjumpai website ini!

Pandai Membaca Sebelum Tadika! Besar Kelebihannya!

Menerusi website ini, saya akan bongkarkan tips & teknik, bagaimana anda boleh mendidik & mengajar anak anda supaya pandai membaca, sebelum mereka masuk ke tadika lagi. Lagi cepat mereka pandai membaca, maka lebih banyaklah perkara yang boleh mereka belajar.
Bayangkan, pada umur 5 tahun, anak anda sudah boleh membaca label-label yang terdapat pada botol dan kotak malahan signboard. Saya sendiri agak terkejut, apabila pada satu hari, anak saya yang berumur 5 tahun, tiba-tiba membaca signboard kedai-kedai yang dilalui sewaktu saya membawanya bersiar-siar, "Kedai Makan, Kedai Dobi" katanya dengan penuh semangat. Selepas menyedari perkara itu, saya mula membelikan lebih banyak buku-buku cerita untuknya. .
Pada umur 6 tahun, dia sudah pandai membuka komputer dan menaip sendiri perkara yang ingin dia belajar dan ketahui di google ataupun youtube.
Apabila berumur 7 tahun, dia sudah boleh membaca sarikata yang dipaparkan dan sekaligus memahami jalan cerita serta mesej yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Kini, anak saya sudah tahu banyak perkara berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga lebih mudah faham apabila saya menerangkan kepadanya tentang sesuatu perkara yang agak rumit, seperti bagaimana makanan dihadam di dalam perut, tentang ketuhanan, tentang kehidupan realiti dan fantasi, serta pelbagai lagi perkara.

Ketahui Tekniknya Disini!

Tanpa melengahkan masa lagi, disini, saya ingin perkenalkan kepada anda sebuah ebook tulisan saya, yang akan membongkarkan rahsia, bagaimana untuk mendidik dan mengajarkan anak anda, agar mereka, menjadi anak yang pintar dan cerdas, serta boleh membaca sebelum masuk ke tadika lagi.

Wednesday, May 18, 2016

Perkataan KVKVKKKVK

Posted by Sham_esse at 7:32 PM 0 comments
PERKATAAN KVKVKKKVK

Kali ini saya ingin berkongsi perkataan kv+kvkk+kvk secara PERCUMA kepada semua. Bahan ini adalah hasil kreativiti saya sendiri. Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua. Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT

Monday, May 16, 2016

Perkataan KVKVKVKK

Posted by Sham_esse at 8:42 PM 0 comments
PERKATAAN KVKVKVKK

Bahan bantu mengajar Perkataan KVKVKVKK . Mempunyai gambar yang menarik dan berwarna-warni, mampu menarik minat pelajar. Sangat sesuai untuk murid Pemulihan Khas, Tahun 1, LINUS dan lain-lain.Diberi secara PERCUMA untuk anda. Boleh print untuk dijadikan flash kad. Klik like jika suka.

Sila download menggunakan link di bawah:



* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran keja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT 

Sunday, February 21, 2016

Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pelajaran

Posted by Sham_esse at 10:56 PM 0 comments
MIPMBDP

Kali ini saya ingin berkongsi Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pelajaran (IPMBDP), dalam Manual Instrument ini terdapat maklumat tentang cara  menjalankan penilaian murid yang dinilai,kriteria penilaian dan prosuder penilaian. Bahan ini adalah bahan PERCUMA hasil perkongsian dari laman web KPM yang terkini.Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua.Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT

Monday, February 15, 2016

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pelajaran

Posted by Sham_esse at 10:53 PM 0 comments
IPMBDP

Kali ini saya ingin berkongsi Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pelajaran (IPMBDP), dalam Instrument ini terdapat maklumat tentang kriteria murid yang dinilai,kriteria penilaian dan prosuder penilaian. Bahan ini adalah bahan PERCUMA hasil perkongsian dari laman web KPM yang terkini.Semoga perkongsian ini memberikan mafaat kepada Cikgu semua.Klik like dan share jika suka.
 
Sila download menggunakan link di bawah:


* Cara untuk mendownload i-Download

* Lebih banyak bahan di bahagian i-BBM(BM) & i-BBM (MT)

* Dapatkan lembaran kerja di i-Lembaran BM & i-Lembaran MT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

i-Cikgu | Bahan Bantu Mengajar Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting